Ms. Marvel (siri TV)

Ms. Marvel merupakan sebuah minisiri televisyen Amerika yang dihasilkan oleh Bisha K. Ali bagi platform pengstriman Disney+ berdasarkan buku komik Marvel Comics yang menampilkan Kamala Khan / Ms. Marvel. Siri ini merupakan siri televisyen yang ketujuh dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan berhubungan dengan filem-filem dalam francais tersebut. Siri ini menceritakan Kamala Khan, seorang peminat Avengers berumur 16 tahun yang dilakon oleh Iman Vellani. Ali merupakan ketua penulis siri ini manakala Adil & Bilall (Adil El Arbi dan Bilall Fallah) mengetuai pasukan pengarah siri ini.Selain Vellani, filem ini juga dibintangi oleh Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Saagar Shaikh, Laurel Marsden, Azhar Usman, Rish Shah, Arian Moayed, Alysia Reiner, Laith Nakli, Nimra Bucha, Travina Springer, Adaku Ononogbo, Samina Ahmad, Fawad Khan, Mehwish Hayat, Farhan Akhtar, dan Aramis Knight. Siri ini diumumkan pada Ogos 2019. Vellani telah dipilih sebagai pelakon watak utama pada September 2020, dengan El Arbi dan Fallah, Meera Menon, serta Sharmeen Obaid-Chinoy diupah sebagai pengarah siri ini. Penggambaran bermula pada awal November 2020 di Atlanta, Georgia dan New Jersey, sebelum bertamat di Thailand pada Mei 2021.Ms. Marvel memulakan tayangan pada 8 Jun 2022 dan mempunyai enam episod, dengan episod terakhirnya ditayangkan pada 13 Julai. Siri ini merupakan sebahagian daripada Fasa Empat MCU, dan kisahnya berhubung kait dengan filem The Marvels (2023). Siri ini telah memperoleh reaksi yang positif, khasnya terhadap lakonan Vellani.

Ms. Marvel (siri TV)

Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Disney Platform Distribution
Penerbit eksekutif
Syarikat penerbitan Marvel Studios
Tempoh siaran 38–50 minutes
Lokasi
Pencipta Bisha K. Ali
Siaran asal – 13 Julai 2022 (2022-07-13)
Bilangan episod 6
Sinematografi
Berdasarkan daripada Berdasarkan Marvel Comics
Penyunting
  • Nona Khodai
  • Sabrina Plisco
  • Emma McCleave
  • Sushila Love
Rancangan berkaitan Siri televisyen Marvel Cinematic Universe
Dibintangi oleh
Genre
Saluran asal Disney+